"Selamat Datang ke Blog Zalina"

Selamat membaca!

Thursday, January 7, 2010

Berita Harian bongkar misteri.




Siapa kat sini suka Sejarah?? Baru2 ni aku terbaca di muka hadapan suratkhabar Berita Harian. Tiba2 mata ku tertumpu pada satu artikel yg berbau unsur sejarah. Aku memang suka sejarah. Ianya mengenai misteri kemunculan etnik di Malaysia. Bagus jugak idea dorang ni muatkan isu sejarah tentang kehidupan puak etnik di negara kita. Memang jarang sangat lah mana2 company suratkhabar nak siarkan tentang hal2 sejarah ni. Paling tidak pun baca dari buku2 sekolah, internet, majalah & bla bla bla... At least ini lain dari yg lain. Asyik2 tak habis2 dengan isu jenayah..politik..politik..jenayah! Tu je memanjang.

Ok, pada sesiapa yg minat sangat pada sejarah dan ingin mengetahui salah silah kemunculan puak etnik di Malaysia. Sila dapatkan dan ikuti siri pertama di Berita Minggu, Ahad ni. Ala, bukannya mahal pun, harga senaskah RM1.50 je. Aku nak kene photocopy sekeping untuk adik aku, bagi dia baca. Ilmu pengetahuan ni. Tahun ni dia dah nak SPM. Tak sangka, cepat sungguh dia membesar.

Ok, dibawah ni, aku salin semula sebijik sama dengan suratkhabar Berita Harian. Tajuk "Membongkar Misteri Etnik". Dah 2 hari disiarkan kat muka hadapan suratkhabar ni. (Jan 7 & Jan 8, 2010) ... So dapatkan siri pertama Ahad ni okay! Kalau pada yg takde masa nak pegi beli, jangan risau, zaman sekarang dah canggih manggih tip top ten. Anda jangan segan2 layari website Berita Harian
http://www.bharian.com.my/.


"Membongkar Misteri Etnik" - Januari 7, 2010

Misi membongkar misteri puluhan etnik di negara ini akan bermula. ia dimulai dengan mendekati etnik Kejaman, di Hulu Sungai Rajang, Belaga, sarawak, yg didiami 1,300 orang. Suku kaum ini juga mempunyai sejarahnya sendiri selain cerita mitos yg membentuk pemikiran dan tindakan mereka. Untuk menemui mereka, terpaksa menempuh jalan balak yg panjang dan meredah arus sungai yg mencabar.

"Membongkar Misteri Etnik" - Januari 8, 2010

Meskipun jauh di pedalaman dan hidup dalam serba kekurangan, wanita etnik Kejaman suka bergaya. Jika kenbanyakan wanita gemar mengumpul barangan kemas, wanita Kejaman kaya dengan koleksi gigi emas tulen. Hampir semua wanita berusia Kejaman memiliki sekurang-kurangnya dua batang gigi emas.


*Note: Berita Harian membongkar kisah etnik ini mulai Ahad ini*

No comments:

Post a Comment