Semasa anda dilahirkan, anda menangis & orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yg akan tersenyum & orang sekeliling anda pula yg akan menangis.
Hari ni ntah macam mana tergerak aku nak menulis.. tapi kali ni tentang perangai manusia. Memang la manusia tidak sempurna, tetapi perlu ada standard quality utk teruskan hidup. Kadang2 aku tak faham kenapa ada beberapa jenis perangai yg tak sepatutnya ada.
Aku suka berkawan. Tak kisah la nak berkawan dengan siapa2 pun .. yg kurang upaya ke.. yg miskin ke.. yg kaya ke..yg bla bla blaaa. Setiap kawan2 aku ada keistimewaan & keburukkan mereka tersendiri (bukan kawan2 aku saja.. tapi kawan2 korang jugak . Sebab aku tulis ni tak bermaksud tuju pada sesiapa pun. Ni general knowledge yg kita semua boleh berkongsi bersama okay! Aku pasti semua orang hadapi masalah yg sama macam ni.. kalau takde tu kira memang hebat la korang handling kawan2 korang). Kawan2 ni ada yg baik.. ada yg buruk.. ada yg cantik.. ada yg manis.. ada yg perangai macam kebudak-budakkan.. ada yg perangai macam setan & yg paling tip top ten standard - ada yg suka mengutuk belakang2 tapi bila berdepan kononnya macam takde apa2 yg berlaku (senang cakap hipokrit la). Tapi aku seronok mengenali mereka2 yg bermacam2 ragam ni.... Sebab nanti bila aku dah tua.. bila aku ada cucu.. boleh la aku cerita pengalaman muda aku bersama kawan2 aku kepada anak cucu aku ... hehehe!
Kadang2 kita apa yg kita beri pada siapa2 pun, itu jugak la yg akan kita dapat. Kadang2 kita melaser kerana nak mempertahankan diri, kadang2 perlu demi maruah kita. Tapi kalau melaser sekadar nak tunjuk kita hebat hingga menyinggung mana2 pihak, itu tak perlu lah kita kesali sebab itu sememangnya kemahuan diri sendiri. Manusia pulak ada bermacam2 sikap.. ada yg boleh tahan sindiran, ada yg tidak, ada yg pendam sebagai dendam, ada yg merasa itu satu penghinaan. Macam2 lah. Seharusnya berpikir lah sebelom bercakap.
Lagi contoh kawan - ada jenis yang cukup bagus, ada yg cakap macam dialah yg tahu semuanya, ada juga yang perangai jenis sungguh mengjengkelkan. Jenis yg ambil kesempatan, jenis yg pentingkan diri sendiri. Aku cuba utk jadi kawan yg terbaik. Sama2 harungi masa senang & susah bersama. Terbaik setakat yg aku mampu. Dulu masa zaman remaja, pernah sampai aku pentingkan kawan2 dari keluarga. Lebih banyak masa yg dihabiskan bersama kawan2. *tu zaman cerita aku budak hingusan la*
Itupun ada juga kawan jenis yg tak berhati perut. Pentingkan diri sendiri. Biasa la kalau masing2 tak perasan akan kelemahan. Aku pun manusia biasa yg ada kelemahannya. Aku paling tak suka kalau ada yg suka mengugut demi kepentingan diri sendiri. Bagi aku, cuba yg terbaik utk mengimbangi keperluan. Tapi kekadang kita pun ada terlepas cakap kan.
Untuk diri aku & kawan2, adil la utk diri kita & jaga perasaan orang lain. Kita tak tahu bila masa kawan2 kita akan terasa dengan statement kita walhal waktu biasa, tidak menjadi apa-apa kudis kalau kena kutuk.
Ini sekadar luahan rasa hati aku, bukan utk menyindir siapa2 okay...... Kat sini aku pun nak minta maaf sekiranya ada kawan2 yg berkecil hati dengan perangai aku. Pada kawan2 yg aku agak lama tidak hubungi, harap maklum je la...Walaupun aku tahu kadang2 mulut aku agak lazer, tapi tak sampai hati nak cakap apa-apa. Sendiri mau ingat je la...
Kawan2 yg paling baik ialah seseorang yg anda boleh duduk didalam buaian & berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun & kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.
Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.
Tuesday, January 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment