Assalmua'laikum & Selamat Pagi!!!
Seperti biasa, jam tepat 7 pagi aku dah keluar rumah nak pergi kerja. *Yep! orang lain syiok dok buat taik mata & rehat2 dihujung minggu tapi hari Ahad aku kerja. haha! Nak buat macam mana, macam ni lah kerja shift. Yg penting aku cari nafkah yg halal.*

Memang agak awal jugak la aku sampai kat town office yg terletak di Jalan Mesjid Kapitan Keling. Kalau tak silap, jam 7.25 pagi aku dah sampai. Awalkan? Waktu kerja aku bermula jam 9 pagi, tapi disebabkan nak kena ikut van company ke bayan lepas office gerak dalam jam 8.15 pagi (company aku ada sediakan kemudahan pengangkutan untuk pekerja2 ke main office kat bayan lepas, sebab tu nak kena keluar awal dari rumah).
Pada mulanya, tujuan aku nak beli teh tarik, dah alang2 awal lagi, maka sempatlah aku meronda jap jalan2 kat kawasan Little India tu. Aku pun jalan2 la kejap. Pagi2 kawasan kat situ tak sunyi, banyak gerai2 mamak dah bukak. Sesak dengan manusia2 yg sedang menikmati sarapan pagi. Aku ni jarang sarapan. Awal pagi sangat, perut tak boleh nak terima sebarang makanan. Kalau orang belanja sarapan free pun, sorry lah, memang perut aku ni automatik reject. Tapi kalau aku makan, memang confirm aku keluar masuk tandas la jawabnya (paham2 sendiri la..huhu..waktu melabur la :-p).
Kebetulan aku terbawa camera digital Canon aku *chewah! bunyi macam nak menunjuk plak..huhu*.. Almaklumlah katakan baru beli bulan lepas. Sakan bergambar la. Pantang nampak benda menarik, apa lagi .. snap snap la. Huhu! Ok2, berbalik pada cerita aku tadi.
Jalan punya lah jalan, akhirnya yg menjadi tarikan utama mata aku ialah Mesjid Kapitan Keling. Dengan penuh semangat aku pun menuju ke arah masjid tu. Apa tunggu lagi, nak jadikan cerita, aku pun snap-lah. Peduli apa orang nak tengok, bukannya aku nak letak bom kat bangunan tu. Dengan selamba dek aku pun snap2. Dalam benak hati aku tiba2 berkata, "Penang ni sempoi la...macam2 ada. Makanan pun sedap2, banyak bangunan2 bersejarah yg cantik2. " Kebanyakkannya peninggalan semasa zaman jajahan British. Memang ada banyak bangunan2 lama kat Penang ni. Cuma tadi memang tak sempat. Biasalah pagi2 agak lembab sikit akal nak fungsi, kebetulan pulak hari ni ntah macam mana, tiba2 aku terfikir nak snap2.
Nanti aku upload beberapa keping gambar yg sempat aku ambil tadi. Tak sempat nak snap banyak2 sebab masa tak mengizinkan. Kang tak pasal2 aku terlepas van ke bayan lepas office. Ok lah, nanti aku upload gambar k, sekarang nak kena mulakan tugasan dahulu. Jaga periuk nasi dulu weeyyy... Kejap2 nanti baru boleh mengular. Hehe!
Selamat berhujung minggu semua!

No comments:
Post a Comment