"Selamat Datang ke Blog Zalina"

Selamat membaca!

Tuesday, January 19, 2010

Gilerlah! Ol' skool - Agadoo!

"Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,
Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.

I met a hula mistress somewhere in Waikiki,

Well, she was selling pineapple, playing ukulele,
And when I went to the girl, "Come on and teach me to sway,"

She laughed and whispered to me, "Yes, come tonight to the bay." The lovely beach, in the sky the moon of Kauai,
Around calypso sarong we'll all be singing this song.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,

Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,

Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.


And down on the shore they gather romance,
She showed me much more, not only to dance.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,
Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,
Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.
The lovely beach, in the sky the moon of Kauai,
Around calypso sarong we'll all be singing this song.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,
Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody.

Agadoo-doo-doo, push pineapple, shake the tree,
Agadoo-doo-doo, push pineapple, grind coffee,
To the left, to the right, jump up and down and to the knees,
Come and dance every night, sing with the hula melody."



Benarlah kata orang, zaman kanak-kanak sudah pastinya merupakan zaman yg cukup berharga.

Siapa masih ingat dgn British pop band - Black Lace *bukan black lace bra okay!!! ni band. Diulangi skali lagi BAND!*


Aku masih ingat lagi pada umurku antara 5- 6 tahun ketika masih di tadika. Lagu - "Agadoo" yg dinyanyikan oleh band yg berasal dari, Leeds, England ni. Kalau tak silap aku, band pop ni dianggotai oleh 4 orang & secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1976. *detail2 selanjutnya sila lah Google k .. Aku cuba nak cerita kat sini*

Lagu ni memang mengingatkan aku kepada zaman kanak-kanakku a.k.a zaman hingusan la. Aku masih ingat lagi sewaktu aku masih ditadika, Cikgu Zainab (aku tak tahu beliau kat mana sekarang. dengar kata, beliau sekarang menetap di Kuala Lumpur bersama2 dengan anak beliau. Aku berharap beliau senantiasa dalam keadaan sihat walafiat selalu) .. Dialah orang yg bertanggungjawab mengajar aku & rakan-rakan seperjuangan denganku waktu itu, menyanyi & menari lagu "Agadoo".


Maka, arakian kami pun nyanyi & menari lagu tu. Aku bab menari mmg keras laa, kalau bab nyanyi plak, ramai2 aku tak kisah. Memang nyanyi sekuat hati, sebabg nyanyi ramai2. Apa lagi, sekuat hati la. Sedar tak sedar, Mak & Abah aku memandang dari luar.. haha. *segan...kantoi*

Tengah hari tadi.. cuaca jangan kata la, memang teramat panas. Macam biasa, minggu ni aku kerja tengah shift 1:45pm. Dalam van, menuju ke Bayan Lepas office. Mata aku ngah layan permandangan ciptaan Allah SWT .. fikiranku melayang entah kemana tetapi telingaku memang tajam & peka pada keadaan sekeliling. Tiba2 aku terdengar sebuah lagu yg sekian lama aku tak dengar. Dalam hati aku berkata "eh!!! lagu nii..macam pernah dengar la. Ya Allah, lagu favourite aku masa tadika dulu" Memang aku seronok sangat. So dengan selambanya aku suh driver van on-kan volume kuat skit. Otakku cuba nak ingatkan semula tajuk lagu tersebut. Sedihnya memang aku dah tak ingat. Tapi dalam hati aku berkata - "nanti sampai office, aku nak try search kt Google & Youtube. Aku memang suka sangat dengan lagu ni. Lagu favourite zaman kanak2" .. Melody catchy & menarik, boleh goyang-goyang kepala hentak-hentak kaki. ... Haha! Ceria gila! Cute2.

Search punya lah search, akhirnya. Berjaya!!! Aku berjaya menjejaki tajuk lagu "Agadoo" ... Jom! Dengarlah sama2 k. Huhu! Memang goyang2 habis bila aku dengar lagu ni.



Nak dengar lagu ceria ni klik kat link bawah:
http://www.youtube.com/watch?v=POv-3yIPSWc

Tuesday, January 12, 2010

Warna kehidopan: kawan datang .. kawan pergi. pe'el & kerenah!

Semasa anda dilahirkan, anda menangis & orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yg akan tersenyum & orang sekeliling anda pula yg akan menangis.

Hari ni ntah macam mana tergerak aku nak menulis.. tapi kali ni tentang perangai manusia. Memang la manusia tidak sempurna, tetapi perlu ada standard quality utk teruskan hidup. Kadang2 aku tak faham kenapa ada beberapa jenis perangai yg tak sepatutnya ada.

Aku suka berkawan. Tak kisah la nak berkawan dengan siapa2 pun .. yg kurang upaya ke.. yg miskin ke.. yg kaya ke..yg bla bla blaaa. Setiap kawan2 aku ada keistimewaan & keburukkan mereka tersendiri (bukan kawan2 aku saja.. tapi kawan2 korang jugak . Sebab aku tulis ni tak bermaksud tuju pada sesiapa pun. Ni general knowledge yg kita semua boleh berkongsi bersama okay! Aku pasti semua orang hadapi masalah yg sama macam ni.. kalau takde tu kira memang hebat la korang handling kawan2 korang). Kawan2 ni ada yg baik.. ada yg buruk.. ada yg cantik.. ada yg manis.. ada yg perangai macam kebudak-budakkan.. ada yg perangai macam setan & yg paling tip top ten standard - ada yg suka mengutuk belakang2 tapi bila berdepan kononnya macam takde apa2 yg berlaku (senang cakap hipokrit la). Tapi aku seronok mengenali mereka2 yg bermacam2 ragam ni.... Sebab nanti bila aku dah tua.. bila aku ada cucu.. boleh la aku cerita pengalaman muda aku bersama kawan2 aku kepada anak cucu aku ... hehehe!

Kadang2 kita apa yg kita beri pada siapa2 pun, itu jugak la yg akan kita dapat. Kadang2 kita melaser kerana nak mempertahankan diri, kadang2 perlu demi maruah kita. Tapi kalau melaser sekadar nak tunjuk kita hebat hingga menyinggung mana2 pihak, itu tak perlu lah kita kesali sebab itu sememangnya kemahuan diri sendiri. Manusia pulak ada bermacam2 sikap.. ada yg boleh tahan sindiran, ada yg tidak, ada yg pendam sebagai dendam, ada yg merasa itu satu penghinaan. Macam2 lah. Seharusnya berpikir lah sebelom bercakap.

Lagi contoh kawan - ada jenis yang cukup bagus, ada yg cakap macam dialah yg tahu semuanya, ada juga yang perangai jenis sungguh mengjengkelkan. Jenis yg ambil kesempatan, jenis yg pentingkan diri sendiri. Aku cuba utk jadi kawan yg terbaik. Sama2 harungi masa senang & susah bersama. Terbaik setakat yg aku mampu. Dulu masa zaman remaja, pernah sampai aku pentingkan kawan2 dari keluarga. Lebih banyak masa yg dihabiskan bersama kawan2. *tu zaman cerita aku budak hingusan la*


Itupun ada juga kawan jenis yg tak berhati perut. Pentingkan diri sendiri. Biasa la kalau masing2 tak perasan akan kelemahan. Aku pun manusia biasa yg ada kelemahannya. Aku paling tak suka kalau ada yg suka mengugut demi kepentingan diri sendiri. Bagi aku, cuba yg terbaik utk mengimbangi keperluan. Tapi kekadang kita pun ada terlepas cakap kan.

Untuk diri aku & kawan2, adil la utk diri kita & jaga perasaan orang lain. Kita tak tahu bila masa kawan2 kita akan terasa dengan statement kita walhal waktu biasa, tidak menjadi apa-apa kudis kalau kena kutuk.

Ini sekadar luahan rasa hati aku, bukan utk menyindir siapa2 okay...... Kat sini aku pun nak minta maaf sekiranya ada kawan2 yg berkecil hati dengan perangai aku. Pada kawan2 yg aku agak lama tidak hubungi, harap maklum je la...Walaupun aku tahu kadang2 mulut aku agak lazer, tapi tak sampai hati nak cakap apa-apa. Sendiri mau ingat je la...

Kawan2 yg paling baik ialah seseorang yg anda boleh duduk didalam buaian & berbuai bersama tanpa berkata apa2 pun & kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.




Saturday, January 9, 2010

Kepada semua pencinta haiwan!

Kalau ada lagu pencinta wanita. Aku plak seorang pencinta haiwan. Huhu! Ok, berbalik pada cerita yg aku nak sampaikan ni.

Hamster menangis siapa yg tahu... Harian Metro (Januari 9, 2010) .. Serious, aku tak boleh tengok haiwan terseksa atau haiwan yg diseksa. Memang nak meleleh air mata.

"Teraniaya - Seekor tikus hamster ditemui ditangga sebuah flet di Grangemouth, Stirlingshire tanpa keempat-empat kakinya yg dipercayai digigit oleh haiwan itu sendiri. Pihak berkuasa Britain kini melancarkan operasi mencari pemilik yg membuang hamster itu yg terpaksa dibunuh.

p/s: sayangi haiwan belaan anda.


Thursday, January 7, 2010

Berita Harian bongkar misteri.




Siapa kat sini suka Sejarah?? Baru2 ni aku terbaca di muka hadapan suratkhabar Berita Harian. Tiba2 mata ku tertumpu pada satu artikel yg berbau unsur sejarah. Aku memang suka sejarah. Ianya mengenai misteri kemunculan etnik di Malaysia. Bagus jugak idea dorang ni muatkan isu sejarah tentang kehidupan puak etnik di negara kita. Memang jarang sangat lah mana2 company suratkhabar nak siarkan tentang hal2 sejarah ni. Paling tidak pun baca dari buku2 sekolah, internet, majalah & bla bla bla... At least ini lain dari yg lain. Asyik2 tak habis2 dengan isu jenayah..politik..politik..jenayah! Tu je memanjang.

Ok, pada sesiapa yg minat sangat pada sejarah dan ingin mengetahui salah silah kemunculan puak etnik di Malaysia. Sila dapatkan dan ikuti siri pertama di Berita Minggu, Ahad ni. Ala, bukannya mahal pun, harga senaskah RM1.50 je. Aku nak kene photocopy sekeping untuk adik aku, bagi dia baca. Ilmu pengetahuan ni. Tahun ni dia dah nak SPM. Tak sangka, cepat sungguh dia membesar.

Ok, dibawah ni, aku salin semula sebijik sama dengan suratkhabar Berita Harian. Tajuk "Membongkar Misteri Etnik". Dah 2 hari disiarkan kat muka hadapan suratkhabar ni. (Jan 7 & Jan 8, 2010) ... So dapatkan siri pertama Ahad ni okay! Kalau pada yg takde masa nak pegi beli, jangan risau, zaman sekarang dah canggih manggih tip top ten. Anda jangan segan2 layari website Berita Harian
http://www.bharian.com.my/.


"Membongkar Misteri Etnik" - Januari 7, 2010

Misi membongkar misteri puluhan etnik di negara ini akan bermula. ia dimulai dengan mendekati etnik Kejaman, di Hulu Sungai Rajang, Belaga, sarawak, yg didiami 1,300 orang. Suku kaum ini juga mempunyai sejarahnya sendiri selain cerita mitos yg membentuk pemikiran dan tindakan mereka. Untuk menemui mereka, terpaksa menempuh jalan balak yg panjang dan meredah arus sungai yg mencabar.

"Membongkar Misteri Etnik" - Januari 8, 2010

Meskipun jauh di pedalaman dan hidup dalam serba kekurangan, wanita etnik Kejaman suka bergaya. Jika kenbanyakan wanita gemar mengumpul barangan kemas, wanita Kejaman kaya dengan koleksi gigi emas tulen. Hampir semua wanita berusia Kejaman memiliki sekurang-kurangnya dua batang gigi emas.


*Note: Berita Harian membongkar kisah etnik ini mulai Ahad ini*

Saturday, January 2, 2010

Cerita di pagi Ahad!
















Assalmua'laikum & Selamat Pagi!!!

Seperti biasa, jam tepat 7 pagi aku dah keluar rumah nak pergi kerja. *Yep! orang lain syiok dok buat taik mata & rehat2 dihujung minggu tapi hari Ahad aku kerja. haha! Nak buat macam mana, macam ni lah kerja shift. Yg penting aku cari nafkah yg halal.*


Memang agak awal jugak la aku sampai kat town office yg terletak di Jalan Mesjid Kapitan Keling. Kalau tak silap, jam 7.25 pagi aku dah sampai. Awalkan? Waktu kerja aku bermula jam 9 pagi, tapi disebabkan nak kena ikut van company ke bayan lepas office gerak dalam jam 8.15 pagi (company aku ada sediakan kemudahan pengangkutan untuk pekerja2 ke main office kat bayan lepas, sebab tu nak kena keluar awal dari rumah).

Pada mulanya, tujuan aku nak beli teh tarik, dah alang2 awal lagi, maka sempatlah aku meronda jap jalan2 kat kawasan Little India tu. Aku pun jalan2 la kejap. Pagi2 kawasan kat situ tak sunyi, banyak gerai2 mamak dah bukak. Sesak dengan manusia2 yg sedang menikmati sarapan pagi. Aku ni jarang sarapan. Awal pagi sangat, perut tak boleh nak terima sebarang makanan. Kalau orang belanja sarapan free pun, sorry lah, memang perut aku ni automatik reject. Tapi kalau aku makan, memang confirm aku keluar masuk tandas la jawabnya (paham2 sendiri la..huhu..waktu melabur la :-p).

Kebetulan aku terbawa camera digital Canon aku *chewah! bunyi macam nak menunjuk plak..huhu*.. Almaklumlah katakan baru beli bulan lepas. Sakan bergambar la. Pantang nampak benda menarik, apa lagi .. snap snap la. Huhu! Ok2, berbalik pada cerita aku tadi.

Jalan punya lah jalan, akhirnya yg menjadi tarikan utama mata aku ialah Mesjid Kapitan Keling. Dengan penuh semangat aku pun menuju ke arah masjid tu. Apa tunggu lagi, nak jadikan cerita, aku pun snap-lah. Peduli apa orang nak tengok, bukannya aku nak letak bom kat bangunan tu. Dengan selamba dek aku pun snap2. Dalam benak hati aku tiba2 berkata, "Penang ni sempoi la...macam2 ada. Makanan pun sedap2, banyak bangunan2 bersejarah yg cantik2. " Kebanyakkannya peninggalan semasa zaman jajahan British. Memang ada banyak bangunan2 lama kat Penang ni. Cuma tadi memang tak sempat. Biasalah pagi2 agak lembab sikit akal nak fungsi, kebetulan pulak hari ni ntah macam mana, tiba2 aku terfikir nak snap2.

Nanti aku upload beberapa keping gambar yg sempat aku ambil tadi. Tak sempat nak snap banyak2 sebab masa tak mengizinkan. Kang tak pasal2 aku terlepas van ke bayan lepas office. Ok lah, nanti aku upload gambar k, sekarang nak kena mulakan tugasan dahulu. Jaga periuk nasi dulu weeyyy... Kejap2 nanti baru boleh mengular. Hehe!

Selamat berhujung minggu semua!

Friday, January 1, 2010

Cargas 2010!

Selamat tahun baru 2010 kepada pembaca yg singgah ke blog aku.

Ok, ini adalah blog versi melayu pertama ku yg baru dicipta beberapa jam yg lalu - http://jarijemarisaya.blogspot.com. Yep! itulah blog aku. Amacam nama blog? Ok? Haha! Walaupun tak catchy sangat, tapi takpe la, yg penting semangat menulisku kini sudah kembali. Orang Penang cakap - semangat dah mai! Huhu!

Agak lama jugak la aku tak conteng2 kat blog. Sebelum ni, aku ada satu lagi blog english - http://lifeisveryepisodic.blogspot.com (yg agak lama jugak aku menyepi, tapi kini aku sudah kembali untuk meneruskan perjuangan dalam coret-mencoret blog. Tapi janganlah segan2 singgah ke blog aku yg satu lagi tu okay!)

Insya Allah, tahun 2010 ini, akan aku mengoperasi & memanfaatkan dengan nafas baru. Melayari internet2 (yg berfaedah saja laa..huhu) & membaca blog2 yg lain sebagai sumber inspirasiku. Dan aku akan meringankan jari-jemariku ini supaya sentiasa cargas menaip di papan kekunci :-D *Wah! semangat nii wey*

Aku rasa sampai disini dulu yg dapat dicoretkan pada hari ini. Insya Allah, aku akan kembali dengan cerita2 sensasi. Chewah! Kononnya la. Insya Allah. Tunguuu!